BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday 6 June 2011

ERTI CINTA BAGI KU



  • Cinta bererti jika kita benar-benar mencintai seseorang kita tidak akan pernah berhenti memikirkan tentang mereka walaupun sesaat dan merasakan dialah segalanya.

  • Cinta adalah perasaan yang tak dapat dilihat dan di jelaskan tapi boleh dirasai dan jika kita benar benar menyintainya, kita sanggup mati untuk mereka

  •   Cinta adalah segalanya.cinta hadir tanpa diundang..keikhlasan rasa cinta membangkitkan seribu kekuatan dalam jiwa dan diri kita. kerana cinta itu memberi sejuta rasa, tidak keterlaluan jika aku katakan cinta itu anugerah yang tidak terhingga.... 

  • Cinta membuatkan kita merasa bahagia dan selesa bila bersamanya dan  kita boleh menjadi diri kita sendiri, tak perlu make up,tidak perlu pakaian mewah semasa dengannya dan dia sentiasa merasakan kita adalah satu satunya insan yang dia sayangi. 

  • Cinta adalah menyintai, pengorbanan, kesetiaan, persefahaman,,saling perlu memerlukan dan sentiasa mengambil tahu

  • Cinta adalah mengambil berat tentang orang lain. Iaitu sentiasa menerima seadanya seseorang itu walau apa jua keadaan nya bukan kerana kelebihannya sahaja.

  • Cinta adalah perkongsian suka dan duka. Dia atau kita akan sentiasa ada di sisi dalam apa jua keadaan

  •  Cinta adalah persahabatan dan keluargaan

  • Cinta adalah dugaan paling besar tapi manis akhirnya, terpulanglah pada kita bagaimana kita menghadapinya

  • Cinta boleh membuatkan kita mengalirkan air mata.

  • Cinta mampu merubah memberikan kebahagiaan dalam hidup kita

  • Cinta merupakan pencetus corak kebahagiaan dalam hati kita... bila hati dah cinta segalanya menjadi  indah...semakin indah.... terus indah....


                       3 pelajaran dalam cinta




tiap orang ingin merasai cinta, ingin dicintai dan mencintai. nah, jika bertemu dengan si dia yang berkenan dihati,teruskan saja. cinta itu buta, namun sebenarnya ia banyak mengajar. itupun kalau ingin mempelajari sesuatu dari cinta, jika tidak, cinta kamu memang BUTA..

1) BELAJAR LEBIH MENDALAM TENTANG PASANGAN

masa bercinta atau lebih tepat kita sebut sebagai pranikah, merupakan waktu paling sesuai untuk kita saling mengenali serta menyelami dengan lebih mendalam pasangan masing-masing. memang mudah untuk mkencari apa yang disukai oleh pasangan, terutama jika masing2 ada rasa ingin menyenangkan pasangan, jadi matlamat hubungan itu bukan atas dasar 'apa yang saya dapat' tapi 'apa yang boleh saya lakukan untuk si dia'. oleh itu cuba pelajari lebih mendalam lagi peribadi pasangan. bagaimana sifatnya, apa yang dia suka, cita-citanya, impian hidupnya dan matlamat dalam hubungan kamu berdua.

2) BELAJAR MENGALAH

mengalah itu sesuatu yang hebat! orang yang mudah mengalah, bukan mudah kalah. juga bukan bererti kalah tapi itu tandanya dia sudah benar2 dewasa dari segi pemikiran dan peribadinya. jadi jika kita tidak boleh mengalah, bererti kita belum cukup matang. grow up!! jangan besar2kan masalah. cuba selesaikan sebaiknya, memaafkan dan kalau boleh lupakan saja. banyak pasangan yang huru hara gara2 tidak ada yang mahu mengalah. sedangkan pada awalnya itu cuna masalah kecil yang akhirnya menjadi seperti bom atom! cubalah berfikir lebih dewasa, lebih sabar dan lebih bersifat memaafkan,okay!!


3) BELAJAR BERKOMUNIKASI DENGAN TERBUKA

untuk hal ini memerlukan komitment kedua2 pihak. berjanjilah kita tidak akan menyimpan hal2 yang tidak enak di hati, segalanya akan diluahkan, dibincangkan dengan baik. jadi jika pasangan kita meluahkan sesuatu yang tidak sedap, kita tidak akan mudah marah dan begitulah sebaliknya. setiap kali ada masalah, itu bererti kita berdua perlu sama2 membuat perubahan, bukannya satu pihak sahaja. adil, bukan!!!!



















0 comments: